CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 23, 2009

Cerita sedih

Tgh hari tadi hp aku berbunyi... ada satu mesej masuk dr teholimausuam member aku yang keje kat MINT... dia kata dia sekarang kat hospital serdang coz baby one of her fren meninggal pagi tu.. umurnya 6 bulan.. tersedak susu kat rumah baby sitter ceritanya. Ya Allah sedih aku dengar citer tu walaupun aku tak kenal kawan dia.. tapi naluri seorang ibu dapat merasakan apa yang kawan tu rasa.. sesuatu yang jadi milik kita .. kita sayang.. kita jaga sebaiknya.. tapi akhirnya dijemput Tuhan juga. mungkin Tuhan lebih menyayanginya... kata-kata yang mudah untuk dituturkan tapi tak semua orang tabah dan kuat untuk menerimanya.. ayat2 terakhir msg teholimausuam cukup memberi kesan pada aku.. "take care of your little one mas" .. aku terus tekan no nursery aimy.. dan tanya anak aku mcm mana.. Alhamdulillah Aimy ok hari ni.. lega aku sekejap.. sama-sama la kita doakan baby tu di tempatkan di syurga... dan doakan ibunya tabah .. kuat dan bersemangat untuk teruskan hidup ini walaupun luka dan pedih di hatinya tak siapa yang tahu. Semoga Tuhan sentiasa melindunginya.
** kadang-kadang aku pon confuse .. hantar nursery atau babysitter yang lebih selamat?? kalau la aku leh jaga anak aku sendiri.. huhu

8 comments:

  1. ketua geng..from UK...heheNovember 24, 2009 at 3:34 AM

    byk dah aku dengar kes ni..tak kira la nursery ke babysitter..pokok pangkalnya ialah org yg menjaganya..cuai adalah musabab kejadian..doa je la supaya anak ko tak apa2..arwah baby tu terpilih dijemput Illahi..dan dah tentu tempatnya di alam syurga..coz takde dosa..aamiinn..

    ReplyDelete
  2. semoga ibunya juga tabah hadapi semuanya.. amin

    ReplyDelete
  3. aduh..sedihnya Angah...cm tkut plak sy..
    even sy lom ada ank..tetiba ingat kt Aimy..
    mmg skang byk kes2 cm 2..
    awk kna slalu pantau Aimy tau..hrp bnda2 buruk cm 2 xkn jd kt kite..nauzubillah..mintk dijauhkan!!..

    ReplyDelete
  4. tu la pasal... tak leh bayangkan kalau benda nih jadi kat org2 yang kita sayang.. Ya Allah lindungi la kami semua.. amin

    ReplyDelete
  5. Salam Maz..apa khabar?..sedih juga dengar berita ni....innalillah...tak tau mana satu nak disalahkan kan...kakak pun jadi baby sitter juga...pada kakak sama juga macam menjaga anak sendiri...tapi dah ditakdirkan sebegitu ditangan pengasuhnya nak buat macam mana kan...

    ReplyDelete
  6. salam mas...
    arwah athirah dah selamat dikebumikan isnin malam kat puchong. saya tak sempat nak ke puchong sbb lepas saya tgk arwah athirah lps post mortem tu, terus saya balik rumah. masih terbayang2 muka dia sampai skrg, sedih saya...
    saya tau kawan saya & suaminya tu memang sangat tabah, tapi apa yg ada dlm hati hanya Allah je yg tau...
    pendapat saya la kan, tak kira la hantar anak ke babysitter atau ke nursery. pucuk pangkalnya adakah orang yang menjaga tu seorang yg penyayang terhadap budak2... ramai je babysitter yg saya kenal jaga 3-4 orang budak, tapi alhamdulillah semua ok, terjaga.

    ReplyDelete
  7. kak Intan --> Tu la kan.. Ajal maut ditangan Tuhan.. sekadar berdoa untuk keselamatan anak2 kita. Tapi mintak dijauhkan la dr benda2 mcm ni.

    Moon --> athirah tu satu2nya anak kawan awak tu ke?

    ReplyDelete
  8. mas, yup. tu la satu2 nya anak depa...

    ReplyDelete