CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 29, 2009

Aimy & Biha

Biha dan Aimy berjumpa di Pontian.. masa nih kami beraya umah cik zarah.. makan macam2 ada.. to mama bha.... layan la gambar2 ini okehh.

say cheeseeee

sorang pandang atas .. sorang pandang bawah.. jangan pandang belakang udah le



uikss jangan gadoh2

Nabiha Jameela

Salam Aidilfitri

Dah seminggu raya baru lah hegeh2 nk update blog yer.. hehe apa salahnya kan rayakan sebulan.. ok aku nk ucapkan selamat hari raya untuk keluarga , kawan sekolah, guru2 IT (termasuk akak ku nun jauh diperantauan.. UK.. hai bila lah aku dapat gi sana jumpa ko ek..huhu) , Kawan kat UTM, UKM, UPM, semua pelajar2 yang pernah diajar... dan semua la sama ada secara langsung ataupon tak.. mohon maaf zahir dan batin ..


one happy family


Raya tahun nih aku beraya dekat umah mertua di masjid tanah.. kemeriahannya sama jek raya umah sendiri.. yang lebih meriah lagi sbb tahun nih aku dah Mr Hubby dah ada Aimy .. buah hati kami...

senyum aja kejenya



alaa tomeiiinya

Monday, September 14, 2009

Carrot cheese cake

kisah ni bermula tahun lepas kot (lama sgt sampai aku pon dah hampir lost memory) masa guru IT berpakat untuk sponsor kek untuk jamuan raya fakulti.. fari buat kek coklat, ina buat kek oren, iza ngan kak zura aku tak hingat buat apa (jangan marah ok) , pastu aku buat carrot cheese cake. Maklum la.. kek tu kan sumbangan so sebijik aja la kan.. hehe bila dah makan ramai2 tu mana cukup. Adalah sorang pensyarah Kak Mar (dr maryati) nk tempah katanya.. hehe aku buat endah tak endah aja masa tu .. pepaham jek la aku nih bukan reti sangat sbb tu lah 1st time aku buat kek tu. Kalau jumpa dia jek mesti dia cakap sampai la satu majlis kat fakulti aritu dia cakap lagi nk tempah.. hai tak sampai ati la pulak... last2 jumaat lepas aku call dia tanya betul ke dia nk tempah ?? kalau nak aku akan buat la weekend nih.. dengan cepat dia balas sms aku kata nak.. so aku buatkan dengan penuh rasa minat dan tanggungjawab.. maka terhasil la kek di bawah ni.. hehe

gambar nih pon di ambil masa nk hantar kek tu.. baru teringat. :) so aku jual kek nih dengan rega RM 45 walaupun orang kata aku jual murah tapi takpe.. sbb aku buat nih pon tanda terima kasih n penghargaan kat dia sbb dia appreciate bakat dan hasil tangan aku.

**kak maryati komen : kek sedap tapi kalau lebih moist sikit lagi best. TQ kak

**komen aku : Topping tu kena kemaskan lagi.. carik teknik supaya kek lebih moist.. bekas tu carik yang keras sikit.

Thursday, September 10, 2009

Aimy the Explorer

wah wah wah anak ibu dah minat membaca rupanya.. ok buku ini aku beli kat sini dan berkoyan-koyan lagi barang aimy yang aku beli cume tunggu sampai dari UK... wahh menarik bunyinya tu.. aku nih extreme tul membeli (dlm erti kata lain shoping) tapi takpelah untuk digunakan turun temurun haha kalau tak ganaz la.

ok layan la gambar2 aimy dengan buku Dora d explorer choo choo dia tu..

sila abaikan pandangan sisi atau belakang okehh

amboi2 khusyuk nya anak ibu baca buku

ketap2 bibir lagi... nampak tak ruam kat leher dia tu.. thanx acher coz bg cream kat aimy


aik ni buku jawi ke rumi ni??



dah abissss

nak pinjam ke?? heheh 20 sennnnnnn

Aimy 7 month

Nur Aimy Azzalea dh 7 bulan 1 minggu dah.. hai kejapnya masa berlalu, terasa baru semalam aja aku bertarung nyawa lahirkan dia.. terima kasih Ya Allah mengurniakan pada ku dan suami ku seorang zuriat yang sesempurna ini... akan kami jaga dan pelihara amanah ini sebaik-baiknya dan akan menjadikan aimy anak yang berguna untuk agama ... bangsa dan negara.. amin.. (tetiba patriotik lak aku nih) .
Ok update aimy 7 bulan
  1. Dah pandai duduk
  2. pandang kalau orang panggil nama dia (kalau panggil nama penuh dia akan keluarkan bunyi dan senyum) hehe
  3. sangat kuat okeh.. kita pegang tangan dia aja dia dah angkat badan dia untuk terus berdiri... lotihh den
  4. atok mat/mai dah belikan walker untuk aimy... sesi menjelajah menaiki walker telah bermula.. abis kuih2 aku dia langgarnya.
  5. dah pandai tarik bunga2 aku kat pasu.. pagi tadi sampai jatuh.. nasib baik tak pecah..
  6. kalau nampak susu dia.. hentak2 kaki tak sabo nk pegang botol susu dia
  7. penat ajo salam tapi yang dia buat adalah memakan tangan kita.. takpe la pelan2
  8. lebih tertarik kepada makanan org dewasa.. kalau kami berbuka/ bersahur dia pon sibuk nk join.
  9. dah pandai berpaut kat katil baby dia.. huhu sambil tersengehh.. sabo jek la.. takut tertonggeng jek
  10. dh pandai lambai... lambai ke pukul orang ke ntah la.. tapi gayanya menghayunkan tangan la.. hehe
  11. ok tu jek la dulu ... nnt sambung

alamak gambo ayah mana?? hehe ayah kat depan tgh drive .. lain kali la abang masuk blog ok