CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 3, 2012

Breastfeeding Journey Part # 2

Mula kerja semalam aku dh mulakan rutin mengepam di opis.. mujurlah mmg dapat bilik sorang satu so.. ada la privacy nk buat keje2 ni kan haha.. so hasil hari pertama aku dapat +- 13 oz je Alhamdulillah.. kena usaha lagi ni.


2 kali jek aku sempat pam... pagi kul 8.30 dengan petang kul 4

Hari ke-2 bekerja aku dh gi bengkel setengah hari... so pepagi b4 gi keje dah pam kat umah dapat la 4 oz.. abis jek bengkel aku bergegas pam lagi dan tu la hasilnya.. hampir 9 oz.. syukur gak walaupun tak banyak.. kejap lagi b4 balik kena pam lagi sekali. harap lebih kurang semalam atau lebih banyak lagi la hasilnya..

sekali sesi mengepam... ok gak kan

dan semuanya tak akan berhasil tanpa khidmat si dia ni... haha Spectra Dew 300.. cukup berjaya hampir sebulan digunakan ni... diharap kamu terus berkhidmat dengan cemerlang ye.. ahaks



dan pastinya semua ini ibu lakukan untuk si comel ibu ni... tak sabar nk jumpa kakak aimy & afiy jap lagi balik keje.. miss both of u sooooooo much



Breastfeeding Journey Part #1

Aku mmg nk sangat tulis pasal bf journey aku ni sebagai pemangkin semangat untuk aku terus memberikan susu ibu untuk Afiy... semasa aku lahirkan aimy 3 tahun lepas.. aku mmg tak cukup ilmu .. ada baca pasal penyusuan nih jugak tapi tak bape nk paham... apa yg aku dah lakukan..???

1. Aku asyik fikir susu aku takde... tak banyak... tak cukup dll
2. Asyik Tension manjang
3. Mengepam susu (masa tu guna spectra 7) dengan bersungguh (memaksa la bahasa kasonya) sampai cik B berdarah... huhuhu sakittt wooo
4. kurang bersedia fizikal dan mental

so kesannya..

1. Aku masih dapat fully bf aimy direct kat umah lepas balik taska TAPI kat taska aku hanya dapat bg sebotol jek sehari kira campur2 la ngan susu formula... ntah fatwa mana ntah aku ikut wakakaka..
2. Penyusuan hanya berlaku sehingga umur aimy 8 -9 bulan mcm tu.. after that bagi susu lembu huhu.. ( 4 bulan ++ aku dh talakan makan hehe .. baguskan ibuuuu).
3. Pam Elektrik yg aku beli b4 bersalin dengan rega 700++ telah aku lelong kat geng seopis dengan rega 500++ sahaja.. untung dia hehe takpe la aku dapat pahal gak kot :D

Lepas aku dapat tahu yg aku pregnen lagi.. 1st thing yg aku pk ialah nk bg susu ibu secara xclusive. apa plak yg aku buat ??

1. Banyakkan membaca pasal penyusuan
2. Tanya kawan2 yg berjaya dengan misi mereka.. blog2 yg tak kenal pon aku baca untuk inspirasi aku..
3. Aku sebey jek pam tapi tak beli dulu sbb aku nk tunggu production aku cemana dulu.. aku hanya berbekalkan pam manual Avent yg banyak berjasa pada aku sebelum ni.


Hasilnya...

Alhamdulillah aku masih dapat menyusukan Afiy secara xclusive..tak campo2. penat pulak guna manual sbb aku kena amik masa yg lama untuk pam.. so aku berkorban lagi RM dengan membeli Pam electrik Spectra Dew 300 .. dengan pakej sekali kat fabulousmum.. RM498 jek reganya leh buat double pumping skali lebih jimat masa dan tenaga.. cume agak besar nk ku heret kemana2.. tapi demi Afiy ibu gagahkan juga.

I'm Back

hampir setahun aku tak berkesempatan nk mencoretkan apa2 kat blog aku yg tak sebape ni.. dan dalam masa setahun tu gak la macam2 benda yg jadi.. almost yg manis2 semuanya..
Alhamdulillah rezeki aku n family mencurah2 tahun lepas dan yg paling aku bersyukur dengan kehadiran seseorang yg sangat istimewa untuk kami dan akan menjadi kesayangan ayah, ibu dan kakak aimy.. oopss tak ketinggalan atok2, mak2 sedara n pak2 sedara hahahha. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan Muhammad Afiy Aiman dalam kehidupan kami pada tanggal 2 Januari 2012 yg pastinya akan menceriakan n mewarnai lagi hidup kami.. :)

semalam aku baru mula bekerja setelah merehatkan tulang temulang dan otot saraf selama 3 bulan bercuti.. jenuh gak nk meng perabih cuti bersalin.. tapi bestttt wooo hahaha.

Azam aku tahun nih of course nk jadi isteri, ibu, anak dan pengajar yg lebih bagus dr sebelumnya haha.. azam yg mudah untuk dilafazkan tapi agak mencabar nk laksanakan. Dan aku paling harap dapat memberikan afiy aiman xclusive breastfeeding sehingga 2 tahun.. insyaAllah

oh ya .. maybe ada yg nk tahu apa makna nama baby aku kan.. simple
Muhammad - Yg terpuji
Afiy - pemaaf
Aiman - berkat, bertuah