CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 8, 2010

Selamat Pengantin Baru

semalam majlis perkahwinan one of guru It Cik Fari.. oppss puan Fari dah skang.. hehe last guru IT yang menamatkan zaman bujang maklumlah kami semua dah ada satu lagi handbag .. oh ina dua yer.. hehe. Aku bertolak dari melaka.. ke kepong tempat berlangsungnya majlis.. memang dah janji dengan iza n ina nk gi saing2 sbb nk gambo sama2. iza sampai awal ..tapi dia tunggu gak la.. aku ngan ina sampai lepas tu.. lepas makan b4 nk blahh balik nk amik la gambo ngan perantin.. tup tup pengrantin ilang lak.. ish ish ish ntah mana si fari pegi.. heheh
setelah melalui pelbagai rintangan untuk bergambar dengan pengantin akhirnya kami berjaya juga la merakamkan beberapa gamba secara paksaan jugak la kot. :D sbb pengantin nya bz beno ke hulu ke hilir mcm la dia wedding planner.. hahaha padahal dia permaisuri sehari masa tu. ok la untuk Fari aku ucapkan selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke hujung nyawa.. dan dikurniakan zuriat seperti yg diidam2 kan.. hehe. Tapi kalau ko ada kan kak lagi best tau.. dapat gambo sesama.. takpe laa lepas ko balik kita gambo 5 keluarga lak nnt kay. oklah layan gambo2 lak

Gambar kenangan kami ngan family bersama pengantin.. haa lazim menyelit gak kira ganti kak zura la tu

nak jugak gambo berempat.. kak.. kira tingkap sebelah ina tu ko la.. sbb tu ada ruang sikit hehe

gambo cik aimy masa nk balik dr umah cik Fari


ibu aimy lak enterframe

Besday Aimy @ Rumah 30 /1 /2010

sehari lepas celebration kat school aimy.. aku buat makan2 sikit kat rumah.. ala majlis nih pon bukan beriya sangat pon ajak opismate.. jiran2 ngan sedara mara jek.. sedara mara pon dh ramai okeh.. tapi memang tak plan nk ajak semua .. ajak yg dekat2 aja .. kalau raya memang kena jemput semua tu. ok majlis asalnya mula kul 3 ptg tapi di awalkan sikit sbb adik aku nk drive balik terengganu kul 2.30 so majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Ayah kepada si kecik yang diraikan.. sapa lagi Mr Hubby la kan.. pastu kami nyanyi lagu hepi besday la.. ngan aimy goyang2 kepala ikut lagu tu.. hehe.. then potong kek n makan2... tetamu yg dtg pastu terus makan jek.. majlis on sampai kul 8++ sbb tunggu pakcik Mr Hubby dr jalan klang lama yg keje petang tu.
Aku mewakili family mengucapkan terika kasih pada tetamu yg sudi hadir.. ina, kak tena, student aku yang hadir (aku tak jemput ramai pon sbb kalau umum kat facebook kang takut tak terlayan lak.. haha), kawan2 rapat aku ngan Mr Hubby Atok n Family (nong, aleesya n afeef + shah), Mr Azman, sedara mara , jiran tetangga, dan paling penting tulang belakang kami.. emak ayah aku dan Mr Hubby serta adik2 kami yang memang best dan boleh diharap :D. semoga majlis ini menjadi satu lagi kenangan indah untuk dikenang. sayang kamu semuaaa..



sesi baca doa & potong kek

tetamu yang hadir termasuklah bakal pengantin baru.. adik ipar aku ngan tunangnya.. ila, kak lang & family, makcik & family, busu & family


coklat & marshmallow untuk hidangan tetamu, fondant untuk hias kek..

kek yang aku kerjakan sehari suntuk.. huhu lotihhh (ayat nk beli oven beso) haha
antara hadiah yang aimy terima.. (bear, baju, kasut, bantal, stokin & scarf, coklat, lego, barbie) terima kasih semua.. tapi hadiah yang paling bermakna adalah doa kalian untuk aimy.

Besday Aimy @ Taska Sayangku Inovatif 29/1/2010

entry ni kira back-dated la yer.. hehe bz bebenor.. 29 Januari lepas (jumaat) aku ngan Mr Hubby decide nk celebrate besday aimy kat school dia.. sbb kawan2 dia ramai kat situkan.. so memandangkan besday aimy jatuh gedebukkk pada hari sabtu so kitaorg plan sehari awal untuk buat makan sempoi kat nursery dia. Plan la dengan teacher aimy simple celebration.. aku wat kek.. buat goodies ... bawak air kotak .. benda2 lain mcm fries, nugget, jejari ayam, tiup belon tu keje teacher la sbb dia volunteer nk buat.. (aku suke jek).. kuikuikui.. oh lupa lak.. adik bongsu aku pon join sama meng 'havoc' kan suasana sbb dia balik hujung minggu dr terengganu.
majlis mula lewat kul 4.15 mcm tu.. takut hujan pulak sbb teacher nk buat kat luar.. so sampai sana belon dh gantung.. makanan dah siap.. kerusi dh susun.. nyanyi.. potong kek n makan.. pepeham la bebudak kan payah nk kawal.. ada yg dah makan dulu la.. nk kek la.. hehe mcm2 lagi. tapi seronok laa sekali sekala kan. so layan aa gambar tak seberapa ni.. oh lupa lak nk bg tahu aku ngan Mr Hubby amik cuti friday itu bukan ponteng yer.. hahahhaha



jamuan yang tak seberapa

kek besday aimy yg aku buat sendiri

Tuesday, February 2, 2010

Kenangan Terindah ...

30 Januari lepas genap la usia puteri aku 1 tahun.. Alhamdulillah tanpa kami sedari dah 1 tahun kami memegang amanah Allah ini. kali nih aku nk share pengalaman aku setahun sembilan bulan yang lepas ... memang mcm dah basi.. tapi aku kena tulis jugak supaya aku tak lupa.. dan leh jadi kenangan untuk masa tua aku nnt.

26 may 2008 sehari selepas besday ayahanda tercinta ku.. adalah hari yang merubah hidup aku dan Mr Hubby.. hari yang penuh bermakna .. hari yang menggembirakan .. hari yang best la senang citernya.. sbb aku telah disahkan mengandung.. happy giler la apa taknya dah 9 bulan tunggu berita mcm ni kan. memula aku jadik Dr buat test sendiri.. hehe tapi petang tu result dia bukan +ve atau -ve.. hahhah tapi error.. kosong jek takde tulih apa2.. sengal ok. aku call guru IT rujukan.. u know who u are la beb.. kata ketua geng aku.. aku beli kit murahhhhh.. tu yg error ..sabo jek la. Nak puas kan ati aku gi panel UKM.. dann Dr sahkan aku pregnen tapi masih baru lagi dalam 4-5 minggu camtu.. masa tu Tuhan jek la yg tahu perasaan aku. Terus sms Mr Hubby.. and dia reply msg aku.. sampai skang ni aku simpan lagi msg tu.. ha nk tau apa Hubby aku tulis??? hahhaha tak dapatt laa sorryyy ok.


selepas dari perkhabaran baik tu aku mulalah menjalani kehidupan normal mcm ibu2 mengandung yang lain... alahan pon kena gak. Bulan pertama lepas aku tahu tu aku terus alahan pada nasi.. sebulan tak leh masuk nasik tensi betul.. aku telan burger.. maggi masak sendiri (yang ni sedap aja kat tekak aku), benda2 ntah apa2 la.. muntah2 tu teruk jugak sampai ada sekali tu aku muntah meriya2 la kot.. haha (ni ayat DR ni.. katanya aku muntah beriya sangat).. aku pon tak paham sgt sbb yg aku tahu aku nk kuakan benda tu supaya tekak aku normal balik.. hasilnya pembuluh darah kat mata aku pecah. ehh jangan risau.. dia tak menyakitkan aku tapi menyakitkan mata org memandang sbb mcm kena sakit mata dan menggerunkan :D. seminggu pastu ilang la.

Selain tu, aku kena gastrik dan batuk selama 3 bulan pertama tu. masuk bulan ke-4.. Alhmadulillah batuk aku pon ilang selera makan pon subhanallah naik mendadak.. semua benda menyelerakan aku.. hehe..alasannya baby yg nk makan. setelah mengharungi suka duka sepanjang 9 bulan kehamilan (termasuklah kedudukan baby songsang memula tu) masa yang dinanti2kan pon tibaaa. sebenarnya aku dh tak sabo2 nk bercuti.. so sebelum bercuti aku kena la bersalin dulu kan.. tetiap malam aku pujuk baby kua.. (ada ke patut? ) hahah.. aku nk cuti awal punya pasal la ni. Tapi baby cool aja kat dalam dengan aktifnya.

29 Januari 2009 masa tu kul 9 pagi kalau tak silap.. aku gi toilet dan nampak tanda nk bersalin (kes aku kua darah) dalam toilet tu gak aku kata Yessssss!! ngan happynya bgtahu ketua geng.. apa lagi beriya2 dia suh aku balik.. padahal kalau kua tanda darah tu akan makan masa lagi nk tunggu baby kua.. tak mcm air ketuban. Aku call Mr Hubby dan dia pon balik.. at the same time aku balik umah la.. mandi.. solat hajat.. pastu makan la segala benda.. kononya untuk bg tenaga nk push... hahahah klako betul kalau nk diingat2.. air akar fatimah tu dah berjug2 aku minum.. (ibu2 hamil diluar sana sila jgn tiru aksi ini sbb ia dikhuatiri memberi kesan lain pada anda.. harap maklum). Sampai putrajaya kul 12 pm diaorg cek bukaan aku.. perghhh sakitnya seluk2 ni.. benci ok. sekali nurse kata takde bukaan lagi ni.. balik dulu kalau kua air ketuban atau sakit dah 5 minit sekali dtg balik. so ok la.. aku balik.. sempat lagi singgah paso tani makan pau.

Malam tu dalam kul 12 lebih aku dh rasa contraction... aku tak kejut Mr Hubby.. aku catat kat hp dulu.. memula 15 min sekali pastu 10 minit sekali pastu dh 8 minit sekali... ish tak leh jadik ni.. kejut Mr Hubby.. tup tup elektrik takde lak (10 minit) satu keje Mr Hubby mengipas aku yg kepanasan sambil melawan contraction. lepas ada elektrik balik aku siap2 nk gi spital.. buat apa yg patut.. dah chow.. masa tu dalam kul 3 pagi. seperti biasa makan lagi roti bagai.. hahah takutt takde tenaga. sampai sana nurse cek lagi masih takde bukaan lagi.. haa ye ke.. ish.. lambatnya.. mulut tak henti2 ingat Allah. lepas lama dok dalam bilik tu cek denyut baby .. DR suh aku balik lagi sbb lom ada bukaan dan wad penuh.. cis.. kang aku terberanak kat keta kang tak ke naya.. apa lagi aku lawan la cara berkhemah... aku kata "ni 1st baby saya.. saya pon tak tahu nk bezakan contraction dengan baby gerak ke tak?? sbb mcm sama aja.. so sapa nk tanggung risiko kalau jadik apa-apa??" .. Dr tu dengan lembutnya cakap "ok la puan kita cek sekali lagi.. " seluk lagi.. aaarrrggghhhhh.. "eh dah 2 cm.. ok camni kena warded.. tapi hanya tinggal wad 1st class bilik sorang je puan" .. ceh ingat aku koman sgt ke.. hehe ngan bersopan lagi aku jawab balik "tak pe Husband saya layak untuk bilik sorang" hahah wahh terus cepat aja aku masuk wad. Dalam hati bersyukur sangat dalam masa 2 jam aku kat spital tadi dah bukan 2 cm.. 8 cm lagi ..

30 Januari 2009 Kul 6 pagi aku masuk wad.. bilik best ada TV bagai tapi bila dah sakit aku rasa sama jek.. hehe. Aku sempat solat subuh je sbb nk solat hajat dh tak mampu sbb contraction aku datang 3 minit sekali pulak.. aku jalan2 dalam wad tu.. dalam kul 10 pg Dr pakar dtg cek aku.. dia lelaki tau.. dia pegang perut aku n tanya.. "sakit ke?" aku angguk aja la pastu dia leh kata "nih lom betul2 sakit lagi ni... dia akan jadi 10 kali ganda lagi dr sakit ni" cess tak bagi semangat langsung.. nasib la aku self motivated... aku diam aja malas nk layan dia.. haha... pastu nurse datang suh aku gi bilik lain untuk cek bukaan lagi.. benda yang aku paling tak suka. sekali bila cek.. hahhh dah 7.5 cm.. kelam kabut nurse dan Dr siapkan aku ke labour room.. kata diaorg cepat la pulak. Air ketuban aku dipecahkan guna apa ntah.. tapi aku nampak mcm pembaris panjang jek.. Sempat aku suh nurse amikkan hp aku sbb nk call Mr Hubby yang balik umah kejap untuk mandi. Dalam kul 11.15-11.30 pg aku di masukkan dalam labour room dan beberapa minit pastu Mr Hubby pon dtg teman aku kat situ.. aku mcm rasa nk terannn aja.. mcm nk buang air beso pon ada.. aku kata la kat nurse.. "saya rasa nk teran laa tapi bukan nk teran baby .... mcm nk buang air beso" haha ayat sengal aku nurse tu kata "puannnn... memang dia akan rasa mcm tu puann.. tunggu kejap yer saya cek bukaan" ... wahh dahh 8.5 cm nk dekat 9 cm... nurse2 lain pon masuk ajo aku cara nk teran.. tapi tak bape masuk otak aku pon.. haha beberapa kali la dia suh cuba..

dipendekkan citer masa kat labour room tu ditemani 2 org Dr.. sorang laki sorang pompuan 4 orang nurse dan Mr Hubby semuanya bagi sokongan pada kat aku untuk push.. hahhaha mcm main bola pulak... ntah bape kali aku push.. yg pasti banyak kali la.. haha .. pukul 12.29pm aku pon kua dengan lajunya mujur Dr pompuan tu sempat sambut kalau tak lagi la naya. lepas tu semua diam.. n aku boleh pulak tanya.. dah abis teran ek???.. kalau di ingat2 mcm2 lagi insiden kesengalan aku masa nk bersalin.. tapi bio la simpan sendiri.

Kami sepakat menamakan puteri kami dengan nama NUR AIMY AZZALEA yang membawa maksud cahaya keberkatan abadi... semoga hidupnya sentiasa diberkati dan dilimpahi Rahmat yang tiada penghujungnya.





hari 4 kelahirannya, aimy di jangkiti demam kuning la org kg kata.. aku kena tahan wad.. pergh badan sakit lagi lom sempat urut. sehari la aku dok kat wad tu..


setelah setahun melalui pelbagai cabaran menjadi seorang ibu.. dan ayah(of course Mr Hubby la kan).. aku sedar yang anak tu memang Anugerah Tuhan yang tak ternilai... sedih aku bila baca citer orang buang anak nih.. memang kejam.. diaorang mmg takde naluri keibubapaan la senanang kata. Time aimy sihat dia lah penghibur kami...
time dia tak sihat.. apa lagi merengekk aja la minta di peluk .. dimanja .. tak leh silap sikit..

Masa kecik2 dulu aku leh gayakan dia mcm2.. dia diam aja.. redho aja apa aku buat.. dan bermula la hobby aku soping barang baby kat internet... mcm2 design.. mcm2 benda.. dari baju, stokin, legging, tight, topi, headband, kasut sampai la ke toys dia... hehe extremm giler aku.. sudah nya melambak2 kat umah tapi dia lom boleh main sbb toys tu ada yg untuk 3 tahun ke atas.. 6 tahun ke atas.. hahah ( aku kirim kat pak lah hubby tercinta ketua geng aku)

Dan kini aimy dah setahun.. cepat betul masa berlalu... mujur la aku ngan Mr Hubby tak pernah miss perkembangan aimy..
Untuk Aimy.... Happy 1st Birthday to you sweetheart... Ibu selalu doakan aimy jadi anak yang baik, bijak, hormat org tua, solehah, berakhlak mulia dan disayangi semua orang. Ibu juga harap satu hari nnt aimy boleh jadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.. dan paling penting ikut resmi padi.. sentiasa pandang ke bawah walaupun setinggi mana kita diletakkan. Ayah & Ibu love you sooooooooooooo much.
~Ya Allah kau bimbing lah aku dan suami ku untuk membentuk akhlak dan peribadi anak ku Nur Aimy Azzalea bt Amirudin agar menjadi insan yang terbaik. Kau berikan lah kepada kami kesabaran dan ketabahan dalam mendidiknya sesempurna mungkin dan kau jauhi lah perkara2 buruk dalam keluarga kami. Ya Rahman Ya Rahim.. kau Tanamkan lah rasa cinta, kasih dan sayang dalam hati kami semua agar kami sentiasa memerlukan antara satu sama lain walau dalam apa jua keadaan sekalipun.. aminn..