CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 3, 2012

Breastfeeding Journey Part # 2

Mula kerja semalam aku dh mulakan rutin mengepam di opis.. mujurlah mmg dapat bilik sorang satu so.. ada la privacy nk buat keje2 ni kan haha.. so hasil hari pertama aku dapat +- 13 oz je Alhamdulillah.. kena usaha lagi ni.


2 kali jek aku sempat pam... pagi kul 8.30 dengan petang kul 4

Hari ke-2 bekerja aku dh gi bengkel setengah hari... so pepagi b4 gi keje dah pam kat umah dapat la 4 oz.. abis jek bengkel aku bergegas pam lagi dan tu la hasilnya.. hampir 9 oz.. syukur gak walaupun tak banyak.. kejap lagi b4 balik kena pam lagi sekali. harap lebih kurang semalam atau lebih banyak lagi la hasilnya..

sekali sesi mengepam... ok gak kan

dan semuanya tak akan berhasil tanpa khidmat si dia ni... haha Spectra Dew 300.. cukup berjaya hampir sebulan digunakan ni... diharap kamu terus berkhidmat dengan cemerlang ye.. ahaks



dan pastinya semua ini ibu lakukan untuk si comel ibu ni... tak sabar nk jumpa kakak aimy & afiy jap lagi balik keje.. miss both of u sooooooo much



Breastfeeding Journey Part #1

Aku mmg nk sangat tulis pasal bf journey aku ni sebagai pemangkin semangat untuk aku terus memberikan susu ibu untuk Afiy... semasa aku lahirkan aimy 3 tahun lepas.. aku mmg tak cukup ilmu .. ada baca pasal penyusuan nih jugak tapi tak bape nk paham... apa yg aku dah lakukan..???

1. Aku asyik fikir susu aku takde... tak banyak... tak cukup dll
2. Asyik Tension manjang
3. Mengepam susu (masa tu guna spectra 7) dengan bersungguh (memaksa la bahasa kasonya) sampai cik B berdarah... huhuhu sakittt wooo
4. kurang bersedia fizikal dan mental

so kesannya..

1. Aku masih dapat fully bf aimy direct kat umah lepas balik taska TAPI kat taska aku hanya dapat bg sebotol jek sehari kira campur2 la ngan susu formula... ntah fatwa mana ntah aku ikut wakakaka..
2. Penyusuan hanya berlaku sehingga umur aimy 8 -9 bulan mcm tu.. after that bagi susu lembu huhu.. ( 4 bulan ++ aku dh talakan makan hehe .. baguskan ibuuuu).
3. Pam Elektrik yg aku beli b4 bersalin dengan rega 700++ telah aku lelong kat geng seopis dengan rega 500++ sahaja.. untung dia hehe takpe la aku dapat pahal gak kot :D

Lepas aku dapat tahu yg aku pregnen lagi.. 1st thing yg aku pk ialah nk bg susu ibu secara xclusive. apa plak yg aku buat ??

1. Banyakkan membaca pasal penyusuan
2. Tanya kawan2 yg berjaya dengan misi mereka.. blog2 yg tak kenal pon aku baca untuk inspirasi aku..
3. Aku sebey jek pam tapi tak beli dulu sbb aku nk tunggu production aku cemana dulu.. aku hanya berbekalkan pam manual Avent yg banyak berjasa pada aku sebelum ni.


Hasilnya...

Alhamdulillah aku masih dapat menyusukan Afiy secara xclusive..tak campo2. penat pulak guna manual sbb aku kena amik masa yg lama untuk pam.. so aku berkorban lagi RM dengan membeli Pam electrik Spectra Dew 300 .. dengan pakej sekali kat fabulousmum.. RM498 jek reganya leh buat double pumping skali lebih jimat masa dan tenaga.. cume agak besar nk ku heret kemana2.. tapi demi Afiy ibu gagahkan juga.

I'm Back

hampir setahun aku tak berkesempatan nk mencoretkan apa2 kat blog aku yg tak sebape ni.. dan dalam masa setahun tu gak la macam2 benda yg jadi.. almost yg manis2 semuanya..
Alhamdulillah rezeki aku n family mencurah2 tahun lepas dan yg paling aku bersyukur dengan kehadiran seseorang yg sangat istimewa untuk kami dan akan menjadi kesayangan ayah, ibu dan kakak aimy.. oopss tak ketinggalan atok2, mak2 sedara n pak2 sedara hahahha. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan Muhammad Afiy Aiman dalam kehidupan kami pada tanggal 2 Januari 2012 yg pastinya akan menceriakan n mewarnai lagi hidup kami.. :)

semalam aku baru mula bekerja setelah merehatkan tulang temulang dan otot saraf selama 3 bulan bercuti.. jenuh gak nk meng perabih cuti bersalin.. tapi bestttt wooo hahaha.

Azam aku tahun nih of course nk jadi isteri, ibu, anak dan pengajar yg lebih bagus dr sebelumnya haha.. azam yg mudah untuk dilafazkan tapi agak mencabar nk laksanakan. Dan aku paling harap dapat memberikan afiy aiman xclusive breastfeeding sehingga 2 tahun.. insyaAllah

oh ya .. maybe ada yg nk tahu apa makna nama baby aku kan.. simple
Muhammad - Yg terpuji
Afiy - pemaaf
Aiman - berkat, bertuah


Tuesday, April 26, 2011

Bersediakah aku...

untuk menulis semula... a.k.a berblog hehe

kita tunggu & lihat aja yer

Wednesday, January 12, 2011

Kelas Coklat @ Masjid Tanah Melaka

Pada 22hb Januari.. (Sabtu)
9pg -4 ptg
1 kekosongan lagi


Ibu Aimy


Tuesday, May 11, 2010

Ada apa dengan 11 MEI ?

hehe hari nih besday aku... Alhamdulillah dah 30 tahun umur aku bermakna selama 30 tahun jugak la aku dah diberikan kesempatan menikmati keindahan ciptaan yang Maha Agung, kebahgiaan , jatuh bangun, suka duka, riang tawa.. banyak benda yang akan aku kenang dan buat aku tersenyum ... tak kurang gak benda yg buat aku tersentuh dan mengalirkan air mata.
ramai orang tanya aku " dapat hadiah apa?" "celebrate kat mana?" "tak wat party ke?" wakakaka dan macam2 lagi la.. hehe diaorang ingat aku nih Siti Nurhaliza ker nk berparty segala.. hehehhe.. pada aku cukup la kalau aku dihargai sebagai seorang Isteri, anak, ibu, pengajar, dan kawan. yang paling penting ingatan ikhlas...
apa yang aku harapkan pada usia menjejak 30 tahun ni ek?? emm banyak benda yg aku nk capai..tapi biarlah benda tu hampir pasti jadi realiti baru boleh dikongsi.. kang risau pulak kalau kompang dah di palu tapi pengantin tak kua2.. hahahha pengsan laaa tu ... mcm karam singh walia la pulak aku ni.
jam dah menunjukkan pukul 11.34 malam kurang 30 minit lagi masuk hari lain..
~Ya Allah semoga kau panjangkan usia ku dalam iman.. berikanlah kesihatan yang baik pada ku agar dapat aku menjaga suamiku, anak2 ku dan keluarga ku sebaiknya, Kau berikan pada ku Ya Allah rezeki yang luas dan bermanfaat untuk diriku dan orang di sekeliling ku.... kau berkatilah rezeki yang ku perolehi agar dapat ku gunakan pada jalan yang kau redhai. Kau kurniakan lah aku kesabaran, ketabahan dan kekuatan jiwa dalam mendidik benih2 cintaku dan suami agar menjadi insan yang soleh dan solehah yang akan berbakti sebagai khalifah mu yang terbilang.
Kau bimbinglah hambamu ini Ya Rahman menjadi Isteri yang terus mencintai suami ku dan aku harap dia juga mencintai aku setulusnya.. Jadikanlah aku anak yang solehah kepada kedua orang tua ku dan keluarga suami ku serta kakak yang sedia menjadi payung untuk adik2 ku yang dalam kesusahan. Tebalkan lah Ya Rahim iman ku terhadap mu.. walau apa jua dugaan yang mendatang biarlah aku tetap kembali kepadamu tanpa ragu. Ya Allah Izinkan lah aku menjadi seseorang yang di sayangi, disenangi dan dirindui semua.
Andai kau takdirkan ajal ku menjemput...biarlah aku pergi juga dengan iman dan meninggalkan sesuatu yg terbaik untuk org-org yang aku sayangi.
Amin.
*** terima kasih banyak untuk family, semua kawan2, sedara mara, student2 aku yg tak putus2 wish aku kat ym, fb, email, sms... thanx a lot & love u all soo much


Ibu Aimy



Wednesday, April 28, 2010

Weekend yang berjaya

hehehe tajuk mcm gempak sangat... tapi hari ahad lepas aku kira berjaya la buat kuih feberet Mr Hubby... "puteri ayu" walaupun tak bape ayu sangat tapi okeh la abis dimakan.. actually aku tahu Mr Hubby suka kuih nih tapi aku rasa mcm remeh aja buatnya.. tu yg malas tu.. tiap kali beli kuih sure dia akan beli kuih nih.... melainkan makcik jual kuih tu tak jual kuih nih la kan.. kihkihkih.. so berbekalkan keazaman dan bahan2 yang memang dh ada aku suh la Mr Hubby gi beli kelapa.. kung kang..kung.. kang la aku kat dapur ngan cik aimy sebagai mandornya.. Masa nih Mr Hubby tgk adik ipo aku pasang lampu kat umah baru kami.. sekali tgk resepi ada pulak bahan yg takde kat umah.. malas pulak tu nk kua.. aku pon ngan gamble jek buat aja kuih tu tanpa 2 bahan yg ditertulis kat resepi tu.. nasib baik jadik gak kalau tak .. mau muntah aku makan sorang.. hehe
nih la hasilnya.. komen Mr Hubby lain kali kelapa lebih sikit .. Baaaikkkkk boss

ok pada yang nk try aku buh la Resepinya.. tak ingat aku amik kat mana sbb dah ada dalam buku resepi aku.. hehe

Bahan-Bahan

3 Biji Telur ayam

240 gm gula

240 ml santan

270 tepung gandum

1 sudu tepung ubi - takde kat umah ni

1 s/k ovellete - aku derhaka tak letak

Pandan Paste & pewarna hijau

(kalau rajin blend daun pandan la)

kelapa parut (yg putih)digaul bersama sikit garam + tepung jangung

Cara-Caranya

  1. Pukul telur ngan gula sampai kembang.
  2. Masukkan santan, pandan paste dan pewarna hijau.
  3. sambil tu panaskan kukus.
  4. Masukkan tepung dan bahan2 lain yg lom masuk.. hehe
  5. kelapa parut yg dh campur garam tadi tekan2 kat acuan yg dh diletak minyak sikit.. supaya senang le dia kua nnt.
  6. masukkan la adunan tadi kat acuan dan kukus kurang dr 15 minit..

Selamat mencuba puan-puan