Tuesday, April 26, 2011
Wednesday, January 12, 2011
Tuesday, May 11, 2010
Ada apa dengan 11 MEI ?
jam dah menunjukkan pukul 11.34 malam kurang 30 minit lagi masuk hari lain..
~Ya Allah semoga kau panjangkan usia ku dalam iman.. berikanlah kesihatan yang baik pada ku agar dapat aku menjaga suamiku, anak2 ku dan keluarga ku sebaiknya, Kau berikan pada ku Ya Allah rezeki yang luas dan bermanfaat untuk diriku dan orang di sekeliling ku.... kau berkatilah rezeki yang ku perolehi agar dapat ku gunakan pada jalan yang kau redhai. Kau kurniakan lah aku kesabaran, ketabahan dan kekuatan jiwa dalam mendidik benih2 cintaku dan suami agar menjadi insan yang soleh dan solehah yang akan berbakti sebagai khalifah mu yang terbilang.
Kau bimbinglah hambamu ini Ya Rahman menjadi Isteri yang terus mencintai suami ku dan aku harap dia juga mencintai aku setulusnya.. Jadikanlah aku anak yang solehah kepada kedua orang tua ku dan keluarga suami ku serta kakak yang sedia menjadi payung untuk adik2 ku yang dalam kesusahan. Tebalkan lah Ya Rahim iman ku terhadap mu.. walau apa jua dugaan yang mendatang biarlah aku tetap kembali kepadamu tanpa ragu. Ya Allah Izinkan lah aku menjadi seseorang yang di sayangi, disenangi dan dirindui semua.
Andai kau takdirkan ajal ku menjemput...biarlah aku pergi juga dengan iman dan meninggalkan sesuatu yg terbaik untuk org-org yang aku sayangi.
Ibu Aimy
Wednesday, April 28, 2010
Weekend yang berjaya
ok pada yang nk try aku buh la Resepinya.. tak ingat aku amik kat mana sbb dah ada dalam buku resepi aku.. hehe
Bahan-Bahan
3 Biji Telur ayam
240 gm gula
240 ml santan
270 tepung gandum
1 sudu tepung ubi - takde kat umah ni
1 s/k ovellete - aku derhaka tak letak
Pandan Paste & pewarna hijau
(kalau rajin blend daun pandan la)
kelapa parut (yg putih)digaul bersama sikit garam + tepung jangung
Cara-Caranya
- Pukul telur ngan gula sampai kembang.
- Masukkan santan, pandan paste dan pewarna hijau.
- sambil tu panaskan kukus.
- Masukkan tepung dan bahan2 lain yg lom masuk.. hehe
- kelapa parut yg dh campur garam tadi tekan2 kat acuan yg dh diletak minyak sikit.. supaya senang le dia kua nnt.
- masukkan la adunan tadi kat acuan dan kukus kurang dr 15 minit..
Selamat mencuba puan-puan
Monday, April 19, 2010
Happy Besday Abang
ok la untuk abang.. "selamat hari lahir... semoga pjg umo.. sihat, murah rezeki.. dipermudahkan segala urusan dan semoga terus menjadi ketua keluarga yang terbaik buat kami (setakat nih diriku ngan aimy la.. heheheh)... WE LOVEEEE U"
p/s : plan holiday jangka pendek on ek... :D.. hahaha
ok citer dulu gambo kemudian baru letak.. tak sempat
Thursday, April 15, 2010
Makan2 @ Puri Pujangga UKM
ok kat puri pujangga ni menyediakan makanan buffet bfast ngan lunch yg aku tahu la.. tapi syiookk aa makan kat situ ala-ala makan kat hotel tapi takdelahh bersinar2 bintangnya.. hehe
Macam2 menu disediakan dari appetizer.. western food, salad, menu org melayu.. (nasi laaa tu) sampailah ke dessert. Ceh dh macam jurucakap puri pujangga la pulak aku nih.. kuikuikui
aku ngan ju (pembantu aku masa bengkel) ngan ira
dan yang paling best skali tadi dapat gak sijil penghargaan dan bayaran .. hehehe.. Alhamdulillah rezeki









