CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 6, 2009

Dating...

haha tajuk jek dah gempaq.. khamis minggu lepas aku ngan Mr Hubby amik cuti.. nak release tension bekerja , maklumlah kami nih kan pekerja berkaliber berkaki lebar.. (tapi keje aku tak siap2 hahaha). Agenda pertama mestilah anta cik aimy ke school dulu... supaya dia lebih tenang merehatkan diri dan kami boleh rehat & berangan mcm zaman bercinta kui..kui..kui . Pastu kami gi bfast kat Restoren Amir.. haha Mr Hubby nak gak bfast kat restoren dia.. so layan aja la.

lepas makan we all terus gi mid valley.. we all tgk wayang citer "Pisau Cukur".. ok la citernya takyah pk2 banyak sbb aku malas nk pk kan... so sbb citer nih memenuhi citarasa aku yg nk release tension aku bagi 4 bintang **** out of 5... aku suka la lakonan fazura ngan ada sorang budak baru tu... nama tak ingat tapi wataknya sbg faqir.. soo sweeettttt.

abis tgk wayang biasa la kebulur pulak... makan kat pizza hut lak.. order banyak mcm leh abis tapi kami makan sup aja dah kenyang boleh gitu. lepas makan shoping2 sikit apa yang patut pastu balik la.. sekejap je tapi berbaloi baloii. terkenang zaman bercinta dulu jek.. oopss tapi masa bercinta aku tak tgk wayang okehh.. huhu.

kami yang berdua-duaan mcm perasan bujang


si comel yang kena tinggal kat school.. next time ibu bwk aimy gi zoo ok

Monday, November 2, 2009

Vote For Aimy...

Cute Baby Contest anjuran littlewhiz telah pon bermula.. ok la kengkawan, student2 dan adik2 ku apa lagi jom la vote aimy.. cara2nya mudah jek
  1. boleh klik kat blog cute baby contest littlewhiz untuk lihat gambar yang telah dipertaruhkan.. (atas undian tertinggi aritu laa)
  2. bahagian kanan skrin ada nombor peserta.. so choose la no aimy Baby #0059
  3. tekan button Vote :)
  4. Vote anda telah dikira.. TQ

aku rasa leh kot vote banyak2 kali cume tak leh pada masa yang sama jek..

tempoh undian sepanjang bulan november (1 -30 Nov )

terima kasih la di atas jasa baik anda untuk vote cik adik nih ye.. nnt bila aimy dah beso suh dia belanja u all makan okehh. hehe

Saturday, October 31, 2009

Zhaneez-Craft Giveaway

seperti yang telah aku janjikan dengan tuan punya blog... aku buat la entry untuk zhaneez giveaway tu. actually aku mmg teruja dengan hasil kerja student aku nih... kreatip giler.. kagum aa aku.. kali nih zhaneez-craft nak buat giveaway dengan bagi hair clip yang sangat comeyy itu




bukan satu tau tapi u all akan dapat 3 sekali.. yang berharga RM 24. hah nak tahu apa syarat-syaratnya?? hehe mudahhh bangatt ada 2 jek
  1. Korang kena buat en3 pasal zhaneez-Craft dalam blog masing2.
  2. pastu tinggalkan jejak u all kat en3 giveaway nih untuk pengetahuan tuan punya blog..

"saya tak de blog... macam mana nak join?? " ooo tu senang aja, Zhaneez-Craft pon terima gak penyertaan u all dengan tinggalkan jejak kat bahagian komen bagi en3 giveaway tu. so semua orang leh join..

ok apa lagi.. mari lah beramai-ramai meriahkan giveaway nih yer.. tarikh tutupnya pada Sabtu (hari nih la.. kira last minit la aku nih haha) 31/10 jam 12 am. selamat mencuba

harap2 aimy dapat la hair clip yang comey ini.. kalau tak pon harus akan ku belikan untuk buah hati ku ini.. :)

Monday, October 26, 2009

ermmm...

nih gambo kelako la yang aku nk simpan kat sini.. hehe nnt bila dah tua kang mesti ketawa balik tgk gambo2 nih... aimy skang nih dh pandai buat muka... akhirnya aku dapat gak snap gaya dia tu.. hehe.. gumbira la tu dapat duit raya... kalau dia hepi atau dapat apa yg dia nak gini la gaya mukanya.. excited la kununn..



yang kat bawah nih gambo sengal2 kitaorg.. asalnya nk amik gambo Mr Hubby ngan aimy bergaya dengan Reban Ray-ban memasing.. dah tu aimy skang nih tak leh nk digayakan mcm kecik2 dulu sbb dia akan tarik balik... so akhirnya aku la yg bergaya dengan spek penguin aimy okehh... hahahah. takpelah kalau nk tgk aimy bergaya dengan spek nih leh la gi entry aku yang lepas . Masa tu aku letak apa pun dia redhooo aje skang nih jangan harap..

Baby oh baby

hah korang jangan salah sangka lak.. nih bukan pasal aku pregnen ke apa tau.. nih sebab weekend lepas aku gi tgk 2 org baby.. satu baby kawan aku ezan (aku panggil dia uda) and satu lagi baby ina (one of guru IT).

sabtu lepas abis kelas aku dapat berita yg uda dah bersalin.. Alhamdulillah it's a baby boy.. aku lak yg rasa mcm dapat baby hepi giler.. ptg tu aku, Mr Hubby & for sure aimy ikut skali la kan gi purtajaya. tapi aku jek yg naik aimy stay ngan ayah dia.

Her baby's name is Muhammad Dzikri Wafi.. nice name secomel tuan punya diri.. ok kat bawah nih ada la beberapa pic yang aku sempat amik untuk tatapan kawan2 yang lom tgk dzikri.



Dzikri - 1 day
eh dzikri dah bukak mata tengok antie.. :)
Harusnya gambar aku mesti ada la kan..

Dzikri with his momma


Ok pastu ari ahad nya pulak aku bertiga gi umah ina pulak.. ina dah lama bersalin dia pantang kat kg esok dah naik keje.. haha baru hegeh2 gi tgk baby dia... wow montel sangat.. geram aku tgk.. berkat susu ibu secara eksklusif la kan.. tahniah tahniah.. teruskan usaha ina.. go go chaiyukk.. sepanjang aku datang haifa asyikk sleep aja aku kacau pon dia tak bangun.. ok layan la gambar hayfa.. Nama penuh dia kalau aku tak silap la Wan Nurhayfa Shakirah (ina sila betulkan kalau salah ok)




ok sekian saja lawatan baby minggu ini... pasni nantikan entri majlis perkahwinan kawan aku dan percutian kami November ini.. (ceh citer macam gi London aja.. hahhahah gasak laa nih kan blog aku) :p

Thursday, October 22, 2009

Cute Baby in Walker Contest

semenjak 2 menjak nih rajin lak ibu aimy nih surf contest2 nih ye.. hehe. Ok kali nih teruja pulak dengan contest yang dianjurkan kat blog ometomei sempena ulangtahun Nur Aqilah Insyirah yang kedua (anaknya bukan maknya tau). contest nih akan berakhir 31 oktober nih.. so apa lagi tepek la gambo aimy.. so layannnn
aku tepek la gamba aimy dengan walker yang dibelikan oleh atok mat ngan atok mai. bila? alamak memory lost la lepas bersalin nih.. haha tapi masa bulan pose aritu la kan.

Nama Annakku : Nur Aimy Azzalea Amirudin

Umur : 8 Bulan 3 Minggu

gambar nih masa kat umah kak zura.. pinjam jek walker dini.. so kredit to dini




yang walker hijau nih la yang Aimy punya... memula naik dia takut sebab mata ketam itu haha lama2 dia gigit ketam itew.. :)

ok nih pada pandangan aku kebaikan walker ni.

  • selesa untuk aimy and untuk aku gak la pasal aku leh letak dia dalam walker than aku leh buat keje.. huhu
  • interactive gak sbb leh pusing2... leh tekan2... ada lagu.. ada lampu yang special skali ada mata ketam tu.. hehe.. (korang nya ada ke?)

keburukan lak pasal walker nih

  • ada bunyi muzik tapi alahaiii pelannn sangat.. tak dengo. untuk halwa telinga aku la.. pada aimy maybe ok kot.. haha

ok tu je.. aku nk gi bengkel linux ni .. huhu harap2 berjaya la. aminnn

Wednesday, October 21, 2009

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel

Kawan2 ku... nk mintak pandangan sikitt la
agak2 la kan antara gambar2 nih yang mana satu yang paling comeyy untuk masuk dalam contest?
Actually aku nih tergatal lak tangan nk join contest senyuman ceria si comel anjuran SMILEYKIDZ?... haha mana tahu rezeki aimy kan.
Nama Anakku : Nur Aimy Azzalea Amirudin
Umur : 8 bulan 3 minggu
Gambar 1- nih guna kamera hp


Gambar 2 - bergaya dengan bumbo seat dia



Gambar 3 - time raya dengan walker baru