CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru..

Semalam 16 Mei ... hari untuk meraikan seorang guru... mcm biasa aku berhempas pulas menyediakan sesuatu untuk teacher aimy kat taska... dengan bantuan tuan puteri nih.. tolong susun... tolong bukak kertas atas coklat ... tolong makan coklat curik2 time aku tak nampak... hehe .. apa yang penting aku kena terapkan nilai menghargai guru nih pada aimy dari dia kecik lagi.. 


dah takde idea lain nk buat... mcm biasa aku buat something mengikut kepakaran aku la kan .. kuikuikui.. dah buat coklat tu mmg mudah bg aku n bahan2 pun mmg available kat umah so.. aku mulakan la operasi lepas isyak sejam dua pastu siap la... kad untuk teacher aku dh siapkan lebih awal lagi.. semua buat sendiri.. hahhaha save budget betul mak dia ni.. maklumlah bahan2 semua ada.





Teacher aimy sangat xcited bila dapat coklat n kad tu.. siap msg kat aku lagi cakap tq.. hehe apa2 pun aku yg kena cakap terima kasih sbb jaga n ajar anak aku...

*************************
kepada semua Guru kat dunia ni (mcm la satu dunia baca blog aku kan) selamat hari guru ... jasa dan pengorbanan yg kita lakukan adalah tinggi nilainya di mata masyarakat.. kepada guru2 dan pesnyarah2 yg pernah mendidik aku... terima kasih atas segalanya tanpa anda saya tidak mampu berada di tahap sekarang.. Alhamdulillah. 

Mak... kak ngah... adik.. semoga kita diberikan kekuatan.. ketabahan.. dan ketulusan hati  untuk terus mendidik anak bangsa. Meskipun pekerjaan ini kurang 'glamer' berbanding jawatan profesional yang lain... namun aku bangga dilahirkan dengan jiwa pendidik.



1 comment:

  1. Selamat hari guru kak mas..bile la saye nak merase cokolat kak mas ni ye...

    ReplyDelete